BAGAIMANA PERKHIDMATAN E-KAUNSELING DIJALANKAN ?
Terdapat dua cara bagi anda mendapatkan perkhidmatan e-kaunseling.
Pertama secara e-mel. - Anda hubungi kami secara emel ( [email protected] ) dan kemudian kami akan membalas untuk meneruskan sesi kaunseling secara online ini.
Kedua secara ruang sembang (chatroom). Anda hubungi kami secara emel (jika saya offline) dan kemudian kami akan balas emel anda dengan memberikan tarikh dan masa temuanji. Selepas anda masuk (log-in) ke dalam ruang sembang maka sesi e-kaunseling boleh diteruskan atas persetujuan anda.
Anda juga dikehendaki melengkapkan e-borang yang disediakan terlebih dahulu untuk rujukan pihak kami.
Apabila kami menerima e-mel pertama anda, ini bermakna pehubungan kaunselor-klien antara anda dan kaunselor yang anda pilih telah terbentuk. Ini juga bermaksud anda telah memahami dan menerima maklumat yang telah kami nyatakan dalam persetujuan termaklum (inform consent) mengenai kaunseling online. Anda juga maklum bahawa perhubungan kaunselor-klien kita adalah secara sukarela dan terjalin atas kehendak anda sendiri.
APA PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN ?
PERANAN KAUNSELOR
- bersedia mendengar, memahami dan berinteraksi dengan anda melalui e-mel terhadap sebarang isu yang kemukakan.
- Segala yang anda kongsi adalah SULIT dan akan kami rahsiakan kecuali jika kami merasai anda mungkin akan mengancam keselamatan diri anda dan orang awam.
- Dalam kes berkenaan, kita akan bergerak melakukan kaunseling krisis yang mungkin akan melibatkan polis, wad psikitri dan/atau ahli keluarga anda.
- Kerahsiaan juga melibatkan tanggungjawab kami untuk merahsiakan identiti anda. Anda boleh terus tidak memberitahu latar belakang sebenar anda dan kami akan tetap menghormati pilihan anda.
- Anda mungkin memerlukan alamat e-mel lain sekiranya anda berhasrat tidak mahu kami mengetahui siapa diri anda.
PERANAN ANDA
- membebaskan diri dari sebagai bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.
- Anda boleh menulis emel kepada saya sekerap yang anda mahu.
Walau bagaimana pun, ciri-ciri e-mel tidak membolehkan saya berinteraksi dengan anda secara automatik. Saya harap anda dapat memahami tentang had teknologi melalui e-mel yang akan kita gunakan. Anda juga seharusnya merahsiakan hubungan kaunseling kita demi menjaga etika kerahsiaan kaunseling tercapai.
Oleh kerana persetujuan hubungan kita hanya melalui e-mel, anda tidak digalakkan menghubungi saya melalui telefon atau bersemuka (kecuali bagi kes tertentu setelah persetujuan dua belah pihak tercapai). Sebagai klien, anda juga berhak memutuskan hubungan kaunseling kita bila-bila masa sahaja. Walau bagaimana pun, saya amat berharap anda dapat memaklumkan kepada saya satu sesi (satu e-mel) sebelum anda berhasrat menamatkannya.
PROTOKOL CHAT ATAU E-MEL
Memandangkan sesi e-kaunseling tiada pertemuan secara bersemuka maka meluahkan emosi menjadi sedikit kaku. Jadi bagi membantu anda dan kaunselor, terdapat 2 cara yang boleh digunakan.
1. Smileys
Penggunaan smileys telah digunapakai secara meluas dalam internet. Smileys akan dibekalkan kepada untuk membantu anda meluahkan perasaan anda.
2. Emotional Bracketing
Setiap kali anda merasakan perlu untuk meluahkan perasaan anda, anda hanya perlu menyatakannya dalam kurungan. Contoh: .
Saya tak setuju dengan keputusan saya itu (Geram).
ALAMAT
Beyond Consultancy Sdn Bhd,
NO 2365, Jalan Sultan Zainal Abidin,
21033 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Phone : 09- 6253124
Fax : 09- 6222124